Jumaat, 19 Mei 2017

MAKANAN TRADISIONAL DI SARAWAK

Sarawak yang dikenali sebagai negeri Bumi Kenyalang mempunyai pelbagai makanan tradisional. Sarawak terkenal dengan makanan yang bermacam-macam jenis dengan pelbagai rasa. Makanan terkenal yang terdapat di Sarawak adalah seperti kek lapis Sarawak, mee kolok, laksa Sarawak, manok pansoh, mee dawai, umai dan lain-lain lagi. Kek lapis Sarawak merupakan kek atau kuih yang paling popular di Sarawak. Kek lapis sarawak sangat popular terutamanya ketika perayaan seperti sambutan hari raya, hari gawai, tahun baru cina, krismas dan juga hari-hari biasa. Kek lapis sarawak ini mempunyai pelbagai jenis corak. Setiap kek mempunyai nama yang berbeza-beza. Perniagaan kek lapis di Sarawak sangat popular dan mendapat sambutan dari orang Sarawak sendiri dan juga orang luar. Harga kek juga bergantung dengan saiz kek, perisa dan corak kek. 



Laksa Sarawak juga merupakan makanan tradisional yang popular di Sarawak. Laksa Sarawak berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung. Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan ketara. Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya amatlah berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas. Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya. Laksa sarawak dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan dan juga limau kasturi.
 


Selain laksa sarawak, mee kolok juga merupakan mee yang popular di Sarawak. Mee kolok banyak terdapat di kedai makanan melayu dan cina. Mee kolok terdapat dalam dua jenis iaitu mee kolok putih dan mee kolok kicap. Selain dikenali sebagai mee kolok, ia juga dikenali sebagai mee kampua, mee rangkai dan mee kering. Tetapi ia lebih dikenali sebagai mee kolok. Bukan penduduk di Sarawak sahaja yang menggemari mee kolok tetapi orang luar yang datang ke Sarawak juga menggemari mee kolok. Keistimewaannya adalah rasa mee kolok berbeza dengan rasa mee goreng yang lain dan tekstur mee kolok juga kecil dan lembut serta kenyal.

                                        

 Rujukan : http://mte3012-taniaabhni.blogspot.my/2015/05/makanan-sarawak.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TEMPAT PENGINAPAN DI SARAWAK

The Village House Lokasi : Lot 634, Off Jalan Pantai Puteri, Santubong Village , 93750 , Kuching , Malaysia Bilik biasa : 1- Ka...