Jumaat, 19 Mei 2017

TEMPAT PENGINAPAN DI SARAWAK

The Village House



Lokasi : Lot 634, Off Jalan Pantai Puteri, Santubong Village, 93750, Kuching, Malaysia

Bilik biasa :

1- Katil tersedia

-Single bed

2- Semua Bilik standard mengandungi

- Bilik mandi
- Peti keselamatan dalam bilik

Bilik selesa :

1-  Katil tersedia :

- Double bed
- King size
- Single bed

2- Semua Bilik selesa mengandungi

- Bilik mandi
- Mesin kopi / espresso
- Minibar
- TV skrin rata (flatscreen)



Semua kemudahan




 
Kemudahan hotel

   
- Bar hotel
   - Bilik tidak merokok
   - Haiwan dibenarkan
   - Kerusi santai
   - Kolam renang di luar
   - Komputer dengan Internet
   - Perkhidmatan Ulang-Alik ke Lapangan Terbang
   - Restoran
   - Tempat letak kereta
   - Teres
   - WiFi (Internet) di Lobi
   - WiFi percuma di lobi

Kemudahan bilik
  
  - Bilik mandi
  - Cerek elektrik
  - Pemanasan sentral
  - Pendingin hawa
  - Peti sejuk
  - Telefon
  - Televisyen
  - TV Kabel
  - WiFi (Internet) di bilik
  - WiFi percuma di bilik

Kemudahan sukan
 
   - Laluan mendaki dalam 5km
   - Padang golf dalam 5km
   - Tempahan Basikal
 
 
Rujukan : https://www.trivago.com.my/ms?iPathId=75556&bDispMoreFilter=false&aDateRange[arr]=2017-06-04&aDateRange[dep]=2017-06-05&aCategoryRange=0%2C1%2C2%2C3%2C4%2C5&iRoomType=7&sOrderBy=relevance%20desc&aPartner=&aOverallLiking=1%2C2%2C3%2C4%2C5&iOffset=25&iLimit=25&iIncludeAll=0&bTopDealsOnly=false&iViewType=0&aPriceRange[to]=0&aPriceRange[from]=0&aPathList=75556&aGeoCode[lng]=110.344223&aGeoCode[lat]=1.530976&bIsSeoPage=false&aHotelTestClassifier=&bSharedRooms=false&bIsSitemap=false&rp=&cpt=7555603&iFilterTab=0&

 

AKTIVITI - AKTIVITI MENARIK DI SARAWAK

Berkayak Dengan Ikan Lumba-Lumba Irrawady Di Kuching

Ikan lumba-lumba Irrawady adalah spesis ikan lumba-lumba yang dilindungi. Ikan lumba-lumba sungai ini memiliki sifat pemalu dan elusif. Dengan dahi yang bulat dan paruh yang pendek, ikan lumba-lumba ini kelihatan seperti beluga, akan tetapi sifat biologi sebenarnya adalah lebih mirip kepada paus pembunuh (killer whale atau orca). Dolphin spotting dapat dijalankan di Sungai Santubong, Sungai Salak atau Pantai Damai di Kuching. Walaupun anda boleh menaiki bot, berkayak lebih menyeronokkan kerana ia mengurangkan gangguan kepada haiwan liar ini. Oleh kerana saiz kayak yang kecil dan tidak menakutkan, ikan lumba-lumba mungkin berenang mendekati anda, jika anda bernasib baik. Dengan harga bermula daripada RM214, anda boleh menghubungi beberapa operator pelancongan seperti Kuching Kayak atau RedRibbon untuk berkayak sambil melihat ikan lumba-lumba di Kuching.


Pesta Babulang, Limbang 

Pesta Babulang adalah acara tahunan yang diadakan oleh komuniti Bisaya di Batu Danu, Limbang. Highlight festival ini adalah perlumbaan kerbau di antara pasukan-pasukan dari Limbang, Sabah Dan Brunei. Aktiviti lain termasuklah persembahan kebudayaan, pertandingan memasak, pameran kraftangan dan cabutan bertuah serta pertandingan kereta kerbau cantik. Selain itu, mereka turut mengadakan pertandingan ratu cantik ‘Ratu Babulang’ yang menarik perhatian ramai wanita-wanita muda menyertainya. Pada tahun ini Pesta Babulang akan diadakan pada 6 Jun sehingga 8 Jun 2016.



Selamatkan Penyu! Pulau Talang-Talang Besar

Sarawak adalah rumah kepada 5 jenis penyu iaitu penyu agar, penyu karah, penyu lipas, penyu belimbing and penyu tempayan. Semua spesis ini adalah spesis terancam, dan mendorong kerajaan negeri untuk mewujudkan beberapa buah taman negara marin sebagai usaha pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan-haiwan ini. Tapak terbaik untuk melihat penyu-penyu ini bertelur adalah di Taman Negara Similajau berhampiran Bintulu dan Taman Negara Tanjung Datu di Barat Daya Sarawak. Akan tetapi majoriti penyu, kebanyakannya daripada spesis penyu agar mendarat di pulau-pulau sekitar Taman Negara Talang-Satang, tidak jauh dari Kuching menggunakan bot. Pulau terbesar, Pulau Satang Besar, dibuka kepada pengunjung untuk aktiviti siang dan malam, termasuk lawatan ke pusat penetasan penyu. Pulau Satang Besar menawarkan lokasi hebat untuk aktiviti snorkelling – anda mungkin dapat lihat penyu berenang di terumbu-terumbu karang berhampiran pulau ini. Pulau utama sebagai pusat konservasi penyu pula, iaitu Pulau Talang-Talang Besar selalunya ditutup kepada pengunjung. Walau bagaimanapun melalui Sea Turtle Adoption Programme, peserta akan menghabiskan masa selama 4 hari di sini bekerja bersama-sama pakar konservasi profesional untuk belajar tentang penyu dan melibatkan diri dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan seperti: rondaan pantai untuk menjejak pendaratan penyu; pemantauan aktiviti bersarang; penandaan dan mengukur penyu; memindahkan telur ke tapak penetasan; melepaskan anak penyu dan rakaman data.


Rujukan :  https://www.thevocket.com/7-aktiviti-pelancongan-unik-di-sarawak/

MAKANAN TRADISIONAL DI SARAWAK

Sarawak yang dikenali sebagai negeri Bumi Kenyalang mempunyai pelbagai makanan tradisional. Sarawak terkenal dengan makanan yang bermacam-macam jenis dengan pelbagai rasa. Makanan terkenal yang terdapat di Sarawak adalah seperti kek lapis Sarawak, mee kolok, laksa Sarawak, manok pansoh, mee dawai, umai dan lain-lain lagi. Kek lapis Sarawak merupakan kek atau kuih yang paling popular di Sarawak. Kek lapis sarawak sangat popular terutamanya ketika perayaan seperti sambutan hari raya, hari gawai, tahun baru cina, krismas dan juga hari-hari biasa. Kek lapis sarawak ini mempunyai pelbagai jenis corak. Setiap kek mempunyai nama yang berbeza-beza. Perniagaan kek lapis di Sarawak sangat popular dan mendapat sambutan dari orang Sarawak sendiri dan juga orang luar. Harga kek juga bergantung dengan saiz kek, perisa dan corak kek. 



Laksa Sarawak juga merupakan makanan tradisional yang popular di Sarawak. Laksa Sarawak berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung. Bahan-bahan yang digunakan juga amat berbeza dan ketara. Kuahnya seperti kuah mee kari akan tetapi rasanya amatlah berbeza dengan mee kari. Rasa kuahnya rasa lemak, manis dan pedas. Bahan yang terdapat dalam laksa sarawak adalah bihun, isi ayam yang dicarik-carik, udang, tauge, hirisan telur goreng dan kuahnya. Laksa sarawak dihidangkan bersama sambal untuk menambah rasa kepedasan dan juga limau kasturi.
 


Selain laksa sarawak, mee kolok juga merupakan mee yang popular di Sarawak. Mee kolok banyak terdapat di kedai makanan melayu dan cina. Mee kolok terdapat dalam dua jenis iaitu mee kolok putih dan mee kolok kicap. Selain dikenali sebagai mee kolok, ia juga dikenali sebagai mee kampua, mee rangkai dan mee kering. Tetapi ia lebih dikenali sebagai mee kolok. Bukan penduduk di Sarawak sahaja yang menggemari mee kolok tetapi orang luar yang datang ke Sarawak juga menggemari mee kolok. Keistimewaannya adalah rasa mee kolok berbeza dengan rasa mee goreng yang lain dan tekstur mee kolok juga kecil dan lembut serta kenyal.

                                        

 Rujukan : http://mte3012-taniaabhni.blogspot.my/2015/05/makanan-sarawak.html

Rabu, 17 Mei 2017

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI BUMI SARAWAK

Perkampungan Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village)



Sarawak memiliki 27 etnik yang hidup bertoleransi sejak ratusan tahun dahulu. SCV berada di kaki Gunung Santubong yang terkenal itu merupakan tempat untuk kita belajar secara pantas tentang budaya kaum-kaum utama di Sarawak. Bentuk rumah mereka, cara hidup, kraftangan seperti kain Puan Kumbu dan tambok Bidayuh antara yang dipamerkan di sini. Kita juga akan dipersembahkan dengan persembahan budaya selama 45 minit setiap hari. SCV juga merupakan lokasi untuk World Harvest Festival dan Rainforest World Music Festival.


 Bako National Park





Berada 37km dari bandar Kuching, Bako National Park seluas 2,727 hektar di penghujung semenanjung Muara Tebas telah digazetkan sebagai taman negara semenjak tahun 1957 lagi menjadikannya taman negara yang tertua di Sarawak. Hutan hujan dengan 25 jenis tumbuh-tumbuhan untuk melengkapkan tujuh jenis hutan, hidupan liar dan 18 trek untuk berjalan dan mendaki membuatkan taman negara ini sangat menarik. Bagi yang adventurous boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai trek dan denai di www.sarawakforestry.com . Penginapan juga disediakan di sini. Untuk ke BNP kita perlu menaiki bot dari jeti Kampung Melayu Bako. Di sini pun ada homestay dan terkenal dengan produk belacannya.


Sarawak Orchid Garden





Taman Orked Sarawak ini mengumpulkan 75,000 orked daripada 82 spesis. Selain “Normah Orchid” Phalaenopsis Bellina yang dinobatkan sebagai bunga negeri pada 1983, antara jenis orked Borneo yang paling terkenal ialah Ladys’ Slipper (Paphiopetilum Saderianum) yang berwarna hijau-hitam, Bulbophyllum Beccarii - berbau busuk dan Vandal Dearei - orked yang berbau wangi. Lokasinya di seberang Sungai Sarawak bertentangan Kuching Waterfont berdekatan Astana dan Fort Margaritha. Tambang singgit je naik bot penambang. Dibuka setiap hari kecuali Isnin.


 Annah Rais Hotsprings & Bidayuh Longhouse





Kolam air panas ini sangat unik kerana berada di tengah sungai, sejuk dan panas di satu tempat. Terdapat tiga buah kolam di sini, yang paling kanan terpanas. Ia hanya 10 minit berkereta dari rumah panjang Bidayuh Annah Rais. Kedudukannya taklah jauh sangat dari Kuching.. tak sampai sejam drive, menghampiri sempadan dengan Indonesia. Tiket dewasa RM5, kanak-kanak RM3. Lokasinya terletak di Kampung Annah Rais, Padawan, Kuching.
  


Kubah Ria Komplex


Dulunya, Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching merupakan destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah akan membawa hasil hutan dan buah-buahan tempatan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain. Pasar ini mula beroperasi seawal jam 5 pagi. Pasar Satok juga menawarkan peluang kepada pelancong untuk melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan kunjungan ke pasar ini pasti lebih menyeronokkan. Di sini juga terkenal dengan ikan terubok masin, pelancong yang datang ke sini disarankan supaya mencuba ikan terubok masin yang sedap dan murah berbanding di tempat lain. Kini, pasar minggu Satok telah berpindah ke Kubah Ria Complex yang menempatkan 1400 peniaga yang menjual bahan kering,bahan basah,kedai makan dan macam macam lagi.Semuanya ada di satu tempat.Sungguh Meriah.




Rujukan : http://www.ruggedmom.com/2016/06/16-tempat-menarik-di-kuching-sarawak.html

MALUMAT SYARIKAT PERLANCONGAN

HOLIDAY ISLAND ENTERPRISE
NO.10 JALAN INDERA 2/5,
TAMAN PERDANA MELATI, 
93250 KUCHING, SARAWAK 
 TEL : 017 - 2342320
holiday_island@yahoo.com 


SARAWAK





Sarawak merupakan sebuah negeri terbesar di Malaysia. Sebelum pembentukan negara Malaysia, Sarawak telah bebas dari kolonel british pada 22 Julai 1963. Pada peringkat awalnya, Sarawak merupakan sebuah wilayah yang bergabung bersama - sama Sabah, Singapura dan Tanah Melayu membentu negara Malaysia pada 16 September 1963. Akibat masalah ekonomi dan politik, idea penggabungan telah diterima oleh masyarakat Sarawak. Sarawak memiliki kawasan yang terbesar di Malaysia. Sarawak, Labuan dan Sabah dikenali sebagai Malaysia Timur. Di Sarawak terdapat banyak kaum etnik. Kaum etnik yang terbesar di Sarawak ialah iban, Bidayuh, Kenyah, Kayan, Kedayan, Penan, Kelabit, Bisaya, Lun Bawang, Melayu, Melanau dan banyak lagi. Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005. Sarawak juga merupakan tempat perlancongan antarabangsa. Setiap tahun lebih dari seribu pelancong luar datang melancong di Sarawak. Sarawak memiliki tempat yang menari dan juga makanan yang unik hingga menari perhatian pelancong luar datang melancong di Sarawak.

TEMPAT PENGINAPAN DI SARAWAK

The Village House Lokasi : Lot 634, Off Jalan Pantai Puteri, Santubong Village , 93750 , Kuching , Malaysia Bilik biasa : 1- Ka...