Berkayak Dengan Ikan Lumba-Lumba Irrawady Di Kuching
Ikan lumba-lumba Irrawady adalah spesis ikan lumba-lumba yang dilindungi. Ikan lumba-lumba sungai ini memiliki sifat pemalu dan elusif. Dengan dahi yang bulat dan paruh yang pendek, ikan lumba-lumba ini kelihatan seperti beluga, akan tetapi sifat biologi sebenarnya adalah lebih mirip kepada paus pembunuh (killer whale atau orca). Dolphin spotting dapat dijalankan di Sungai Santubong, Sungai Salak atau Pantai Damai di Kuching. Walaupun anda boleh menaiki bot, berkayak lebih menyeronokkan kerana ia mengurangkan gangguan kepada haiwan liar ini. Oleh kerana saiz kayak yang kecil dan tidak menakutkan, ikan lumba-lumba mungkin berenang mendekati anda, jika anda bernasib baik. Dengan harga bermula daripada RM214, anda boleh menghubungi beberapa operator pelancongan seperti Kuching Kayak atau RedRibbon untuk berkayak sambil melihat ikan lumba-lumba di Kuching.
Pesta Babulang, Limbang
Pesta Babulang adalah acara tahunan yang diadakan oleh komuniti Bisaya di Batu Danu, Limbang. Highlight festival ini adalah perlumbaan kerbau di antara
pasukan-pasukan dari Limbang, Sabah Dan Brunei. Aktiviti lain
termasuklah persembahan kebudayaan, pertandingan memasak, pameran
kraftangan dan cabutan bertuah serta pertandingan kereta kerbau cantik. Selain itu, mereka turut mengadakan pertandingan ratu cantik ‘Ratu
Babulang’ yang menarik perhatian ramai wanita-wanita muda menyertainya.
Pada tahun ini Pesta Babulang akan diadakan pada 6 Jun sehingga 8 Jun
2016.
Selamatkan Penyu! Pulau Talang-Talang Besar
Sarawak adalah rumah kepada 5 jenis penyu iaitu penyu agar, penyu
karah, penyu lipas, penyu belimbing and penyu tempayan. Semua spesis ini
adalah spesis terancam, dan mendorong kerajaan negeri untuk mewujudkan
beberapa buah taman negara marin sebagai usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan haiwan-haiwan ini. Tapak terbaik untuk melihat penyu-penyu ini bertelur adalah di Taman
Negara Similajau berhampiran Bintulu dan Taman Negara Tanjung Datu di
Barat Daya Sarawak. Akan tetapi majoriti penyu, kebanyakannya daripada
spesis penyu agar mendarat di pulau-pulau sekitar Taman Negara
Talang-Satang, tidak jauh dari Kuching menggunakan bot. Pulau terbesar, Pulau Satang Besar, dibuka kepada pengunjung untuk
aktiviti siang dan malam, termasuk lawatan ke pusat penetasan penyu.
Pulau Satang Besar menawarkan lokasi hebat untuk aktiviti snorkelling – anda mungkin dapat lihat penyu berenang di terumbu-terumbu karang berhampiran pulau ini. Pulau utama sebagai pusat konservasi penyu pula, iaitu Pulau
Talang-Talang Besar selalunya ditutup kepada pengunjung. Walau
bagaimanapun melalui Sea Turtle Adoption Programme, peserta akan
menghabiskan masa selama 4 hari di sini bekerja bersama-sama pakar
konservasi profesional untuk belajar tentang penyu dan melibatkan diri
dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan seperti: rondaan pantai
untuk menjejak pendaratan penyu; pemantauan aktiviti bersarang;
penandaan dan mengukur penyu; memindahkan telur ke tapak penetasan;
melepaskan anak penyu dan rakaman data.
Rujukan : https://www.thevocket.com/7-aktiviti-pelancongan-unik-di-sarawak/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan