Sarawak memiliki 27 etnik yang hidup bertoleransi sejak ratusan tahun dahulu. SCV berada di kaki Gunung Santubong yang terkenal itu merupakan tempat untuk kita belajar secara pantas tentang budaya kaum-kaum utama di Sarawak. Bentuk rumah mereka, cara hidup, kraftangan seperti kain Puan Kumbu dan tambok Bidayuh antara yang dipamerkan di sini. Kita juga akan dipersembahkan dengan persembahan budaya selama 45 minit setiap hari. SCV juga merupakan lokasi untuk World Harvest Festival dan Rainforest World Music Festival.
Bako National Park
Berada 37km dari bandar Kuching, Bako National Park seluas 2,727 hektar di penghujung semenanjung Muara Tebas telah digazetkan sebagai taman negara semenjak tahun 1957 lagi menjadikannya taman negara yang tertua di Sarawak. Hutan hujan dengan 25 jenis tumbuh-tumbuhan untuk melengkapkan tujuh jenis hutan, hidupan liar dan 18 trek untuk berjalan dan mendaki membuatkan taman negara ini sangat menarik. Bagi yang adventurous boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai trek dan denai di www.sarawakforestry.com . Penginapan juga disediakan di sini. Untuk ke BNP kita perlu menaiki bot dari jeti Kampung Melayu Bako. Di sini pun ada homestay dan terkenal dengan produk belacannya.
Kubah Ria Komplex
Dulunya, Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching merupakan destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah akan membawa hasil hutan dan buah-buahan tempatan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain. Pasar ini mula beroperasi seawal jam 5 pagi. Pasar Satok juga menawarkan peluang kepada pelancong untuk melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan kunjungan ke pasar ini pasti lebih menyeronokkan. Di sini juga terkenal dengan ikan terubok masin, pelancong yang datang ke sini disarankan supaya mencuba ikan terubok masin yang sedap dan murah berbanding di tempat lain. Kini, pasar minggu Satok telah berpindah ke Kubah Ria Complex yang menempatkan 1400 peniaga yang menjual bahan kering,bahan basah,kedai makan dan macam macam lagi.Semuanya ada di satu tempat.Sungguh Meriah.
Rujukan : http://www.ruggedmom.com/2016/06/16-tempat-menarik-di-kuching-sarawak.html
Sarawak Orchid Garden
Taman Orked Sarawak ini mengumpulkan 75,000 orked daripada 82 spesis.
Selain “Normah Orchid” Phalaenopsis Bellina yang dinobatkan sebagai
bunga negeri pada 1983, antara jenis orked Borneo yang paling terkenal ialah Ladys’ Slipper (Paphiopetilum Saderianum) yang berwarna hijau-hitam, Bulbophyllum Beccarii - berbau busuk dan Vandal Dearei - orked yang berbau wangi. Lokasinya di seberang Sungai Sarawak bertentangan Kuching Waterfont
berdekatan Astana dan Fort Margaritha. Tambang singgit je naik bot
penambang. Dibuka setiap hari kecuali Isnin.
Annah Rais Hotsprings & Bidayuh Longhouse
Kolam air panas ini sangat unik kerana berada di tengah sungai, sejuk
dan panas di satu tempat. Terdapat tiga buah kolam di sini, yang paling
kanan terpanas. Ia hanya 10 minit berkereta dari rumah panjang Bidayuh
Annah Rais. Kedudukannya taklah jauh sangat dari Kuching.. tak sampai sejam drive,
menghampiri sempadan dengan Indonesia. Tiket dewasa RM5, kanak-kanak
RM3. Lokasinya terletak di Kampung Annah Rais, Padawan, Kuching.
Kubah Ria Komplex
Dulunya, Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching merupakan destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah akan membawa hasil hutan dan buah-buahan tempatan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain. Pasar ini mula beroperasi seawal jam 5 pagi. Pasar Satok juga menawarkan peluang kepada pelancong untuk melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan kunjungan ke pasar ini pasti lebih menyeronokkan. Di sini juga terkenal dengan ikan terubok masin, pelancong yang datang ke sini disarankan supaya mencuba ikan terubok masin yang sedap dan murah berbanding di tempat lain. Kini, pasar minggu Satok telah berpindah ke Kubah Ria Complex yang menempatkan 1400 peniaga yang menjual bahan kering,bahan basah,kedai makan dan macam macam lagi.Semuanya ada di satu tempat.Sungguh Meriah.
Rujukan : http://www.ruggedmom.com/2016/06/16-tempat-menarik-di-kuching-sarawak.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan